beeXan 24th Edition

By beeXan
Kalau buku, setiap tahun terbitannya pasti dilabelkan sebagai edisi baru. I think the same applies with human gak la. Well, our life is like a thick story book. Macam-macam ada. Walaupun tak seadventurous seperti Indiana Jones, tak semagical Harry Potter, mahupun kuat Superman, namun perjalanan kehidupan kita memang penuh dengan kisah yang pelbagai.

Hari ini genaplah usiaku 24 tahun. Jadi, hidup aku dah masuk edisi ke-24. Banyak kisah suka dan duka sepanjang berlayar selama 24 tahun ni. Tapi Alhamdulillah, atas izin-Nya, aku masih kekal berdiri, walaupun belum betul-betul tegak, namun nampak jelas yang aku mampu berdiri.

Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang mengingati, terutama kepada rakan-rakan office yang buat surprise party. Ada meeting tergempar katanya, rupa-rupa surprise party pula. Hahahah. Thanks you guys. Never had this kind of surprise before. Thanks juga kepada yang memberi hadiah. Tak kiralah besar atau kecil, tapi semua itu akan ku kenang buat selamanya.

Akhir sekali, semoga hidup aku lebih sempurna lepas ni. Akan ku cuba berdiri tegak sampai semua orang nampak. Bukan senang nak senang dan insya-Allah, akan ku usahakan... amin.

"HAPPY BIRTHDAY TO BEEXAN"
 

0 comments so far.

Something to say?