Hipokrasi

By beeXan
Source: http://www.karyanet.com.my

Hipokrit, ayat tu macam keras sangat. Semua orang benci orang yang hipokrit, termasuklah aku. Tapi, pernahkah kita sekalipun tidak menjadi hipokrit. Berpura-pura yang sebaliknya sedangkan apa yang difikirkan jauh daripada apa yang dizahirkan. Memang zalim untuk menjadi hipokrit, namun itulah yang berlaku. Menjadi hipokrit supaya hati penerima tidak terasa.

Kadangkala perasaan itu dibuat-buat. Sengaja menjadi hipokrit. Biar hati yang terkena merasa. Biar mereka fikir kita gembira bersama, namun dalam hati perasaan benci membara. Aduh, tak baiklah macam tu.

Hmmm, kepada mereka yang menjadi mangsa kehipokritan aku, maafkanlah diriku yang lemah ini. Bukan memaksa namun mungkin sifat semulajadinya begitu. Mahu berbuat baik namun batin menghalang. Jadi, terpaksalah buat-buat baik.

AKU TAK NAK JADI HIPOKRIT...!!!

 

0 comments so far.

Something to say?